Terma

Di nashata.com, kami komited untuk memberikan pengalaman pembelian yang mudah untuk anda. Sila baca dengan teliti sebelum membeli di laman web kami dan pastikan anda telah sedia maklum, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan dibawah.

Ketika membuat pembelian:

  1. Sila pastikan jenis, warna, saiz, kuantiti produk dan alamat penghantaran adalah betul sebelum membuat pembayaran.

  2. Sila periksa carta saiz dan info produk terlebih dahulu sebelum membeli untuk memastikan anda dapat produk kegemaran anda dengan saiz yang sesuai. 

  3. Nashata juga membuat penghantaran ke luar negara dan harga serta jangka masa penghantaran dinyatakan dibawah.

  4. Nashata menghantar setiap pesanan yang dibuat sebelum 1pm, Isnin - Jumaat (kecuali pada hari cuti umum) pada hari yang sama melalui Pos Laju (Malaysia), DHL, UPS atau Aramex (luar negara). Pesanan yang telah dibayar selepas 1pm akan dihantar pada hari bekerja seterusnya.

  5. Pos Laju membuat penghantaran dari hari Isnin - Sabtu, tidak termasuk hari Sabtu di minggu pertama dan cuti umum (Malaysia). DHL, UPS dan Aramex bekerjasama dengan syarikat logistik tempatan untuk menghantar bungkusan. Oleh sebab itu, kualiti setiap perkhidmatan kurier akan berbeza. 

  6. Setelah Pengesahan Penghantaran telah dimaklumkan kepada anda melalui e-mel, bungkusan pesanan anda adalah dibawah tanggungjawab pihak ketiga kami iaitu pihak perkhidmatan pos (Pos Laju, DHL, UPS atau Aramex). Nashata tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami ada bukti pengeposan tetapi bungkusan pesanan anda hilang sewaktu dalam perjalanan penghantaran. Jika ada sebarang tuntutan, ia perlu dibuat dengan pihak ketiga kami: pihak perkhidmatan pos dan kami akan cuba untuk memberi tindakan sewajarnya bagi membantu anda dalam tuntutan balik (jika ada).

  7. Untuk semua pesanan ke luar negara, sebarang cas kastam atau import atau/dan eksais duti dikenakan setelah bungkusan pesanan anda sampai ke negara destinasi (jika ada) perlu dibayar oleh penerima bungkusan tersebut. 

  8. Semua bungkusan yang tidak dituntut dan tidak diambil akan dilucutkan 30 hari selepas pemberitahuan melalui e-mel dihantar. 

Pembayaran:

  1. Semua pembayaran perlu dibuat kepada Nashata.com. Pesanan dengan pembayaran separa tidak dianggap lengkap sehingga pembayaran amaun penuh dilakukan.

  2. Harga produk dan kos penghantaran tertakluk kepada sebarang perubahan tanpa notis, kecuali pesanan yang sudah diterima sebelum perubahan.

  3. Kami hanya menerima pembayaran secara kredit kad, pembayaran debit melalui PayPal, SenangPay atau secara pemindahan wang ke akaun Maybank kami 568603000768. Sila emailkan bukti pembayaran serta nombor pengesahan pesanan anda kepada customercare@nashata.com

Pertukaran, Pemulangan dan Pembatalan:

Semua pembelian dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Kami hanya menerima pertukaran untuk saiz yang lain (jika masih ada) atau produk lain yang sama atau kurang daripada harga dibeli. Semua produk dibeli dengan harga tawaran tidak boleh dipulangkan atau ditukar.

Jika anda berubah fikiran tentang pilihan anda, pertukaran boleh dibuat sekiranya syarat dibawah dapat dipenuhi: 

  1. Anda boleh melakukan pertukaran dalam masa 30 hari selepas pembelian. Sila maklumkan kepada kami melalui mana-mana medium komunikasi Nashata dalam tempoh tersebut untuk pertukaran.

  2. Barang yang dipulangkan dalam keadaan koyak, kotor, dicuci, ditandakan atau diubah mungkin tidak diterima.

  3. Barang yang dibeli ketika jualan tawaran dan pembelian dengan harga diskaun adalah muktamad, tidak boleh dipulangkan, tidak boleh ditukar dan tiada pembayaran balik. 

  4. Kami tidak melakukan pembayaran balik bagi produk yang dibeli dengan harga tawaran dan berhak untuk menolak pemulangan produk pada bila-bila masa.

  5. Anda boleh menukar saiz, warna atau produk lain yang sama harga atau kurang. 

  6. Sila e-melkan kepada customercare@nashata.com or WhatsApp +6012-3112489 terlebih dahulu untuk pastikan produk yang ingin anda tukar masih ada.

  7. Anda perlu hantar balik produk tersebut ke Nashata. Alamat seperti yang tertera di bawah.

  8. Semua kos penghantaran (Malaysia & negara lain) ditanggung oleh pelanggan. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap bungkusan tersebut sehingga ia sampai ke pihak kami. 

  9. Setelah menerima kos penghantaran dan bungkusan daripada anda untuk tujuan pertukaran, kami akan menghantar semula produk pilihan kepada anda berserta maklumat penghantaran. 

  10. Kos penghantaran bagi pertukaran adalah seperti berikut : MALAYSIA: RM7 |  SG & BN:SGD16.5 | ASIA:USD18 | EU/USA/CA: USD25 | AUS/NZ:USD25 | MIDDLE EAST:USD25 | NEGARA LAIN USD37  

Alamat Nashata:

Nashata Lifestyle Sdn. Bhd ,

P3A-06, Shaftsbury Square

Persiaran Multimedia 

63000 Cyberjaya

Selangor Malaysia

Kerosakan Produk: 

Barang yang dianggap rosak jika ia diterima dalam keadaan rosak atau kecacatan pembuatan. Anda boleh pulangkan untuk pertukaran produk atau minta pembayaran balik. Harap maklum bahawa produk yang rosak akibat pemakaian lasak tidak dianggap rosak. Kesan lipatan atau komot tidak dianggap kerosakan produk. 

Penjagaan Produk:

  1. Pembeli dinasihatkan untuk mencuci dengan tangan semua barang yang dibeli dari Nashata.com menggunakan detergen ringan dan air sejuk (kecuali jika dinyatakan sebaliknya pada label penjagaan).

  2. Semua produk tidak boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari.

  3. Elakkan bersentuhan dengan velcro. Basuh sebelum penggunaan kali pertama. 

Kelestarian:

  1. Di Nashata, kami mementingkan alam sekitar dan berusaha untuk mengurangkan bahan buangan. Oleh itu, kami cuba yang terbaik untuk tidak menggunakan produk yang berasaskan plastik dan pokok seperti label dan kertas yang kami tahu akan menjadi sia-sia.  

  2. Sebagai ganti, kami menggunakan pakej dan beg yang boleh dipakai semula untuk penghantaran. Semua unsur komunikasi akan dihantar kepada anda melalui e-mel atau sumber digital yang berkaitan.

Penggunaan Laman Web:

  1. Nashata.com memaparkan imej, artikel, informasi, gambar digital, teks, data, permainan, tinjauan, pertandingan, promosi, iklan, reka bentuk, logo, tanda dagangan dan bentuk kandungan lain yang menarik bagi pelanggan atau pelawat kami. Kandungan ini boleh dilihat, dipindahkan, dikongsi, dan disimpan oleh pelanggan dan pelawat kami. Walaubagaimanapun, hak milik Kandungan ini adalah kepunyaan Nashata.com dan dengan memuat turun atau menyimpan Kandungan ini tidak bermakna ia menjadi hakmilik pelanggan atau pelawat. 

  2. Kandungan yang diambil daripada Nashata.com, blog.nashata.com, facebook.com/nashatadotcom, youtube.com/nashatadotcom dan platform sosial media Nashata yang lain adalah diuruskan oleh dan kepunyaan Nashata Lifestyle Sdn. Bhd., dan penerbitan atau perkongsian di mana-mana platform perlu dikreditkan kepada Nashata Lifestyle Sdn. Bhd. Syarikat berhak untuk berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penggunaan Kandungan yang tidak dibenarkan. 

Kandungan termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, data, muzik, bunyi, grafik, imej, gambar, fotograf, video, logo, perisian atau kandungan yang dibuat kemudian atau belum diketahui pada masa ini. 

Nashata Lifestyle Sdn. Bhd (1040577-W) berhak untuk membuat perubahan pada mana-mana Terma & Syarat pada bila-bila masa.